Bagaimana Rakyat Malaysia Boleh Kekurangan Vitamin D?
Malaysia adalah negara yang berada di garisan khatulistiwa bermakna negara ini tidak akan mengalami cuaca panas dan sejuk yang ketara sebaliknya cuaca panas dan lembap sepanjang tahun. Negara yang berada di garisan ini juga akan mengalami waktu siang dan malam yang sama rata sepanjang tahun iaitu 12 jam. Walaupun mempunyai cuaca panas sepanjang tahun, namun bagaimana ramai orang Malaysia boleh mengalami kekurangan vitamin D iaitu vitamin yang boleh didapati secara percuma sahaja dengan berada dibawah matahari yang muncul selama 12 jam? Mengikut kajian yang dilakukan terhadap remaja berumur 15 tahun di Malaysia, 33% daripadanya kekurangan vitamin D. Perkara ini agak mengejutkan dan sepatutnya tidak berlaku kerana vitamin D adalah percuma dan boleh didapati dengan mudah disini. Jom kita kenali apa itu vitamin D, fungsinya, risiko kekurangan. Apa itu Vitamin D? Vitamin D ialah vitamin larut lemak termasuklah Vitamin A, E dan K. Vitamin jenis ini larut lemak dan boleh disimpan dalam tisu