Bagaimana Rakyat Malaysia Boleh Kekurangan Vitamin D?

Malaysia adalah negara yang berada di garisan khatulistiwa bermakna negara ini tidak akan mengalami cuaca panas dan sejuk yang ketara sebaliknya cuaca panas dan lembap sepanjang tahun. Negara yang berada di garisan ini juga akan mengalami waktu siang dan malam yang sama rata sepanjang tahun iaitu 12 jam. Walaupun mempunyai cuaca panas sepanjang tahun, namun bagaimana ramai orang Malaysia boleh mengalami kekurangan vitamin D iaitu vitamin yang boleh didapati secara percuma sahaja dengan berada dibawah matahari yang muncul selama 12 jam?

Mengikut kajian yang dilakukan terhadap remaja berumur 15 tahun di Malaysia, 33% daripadanya kekurangan vitamin D. Perkara ini agak mengejutkan dan sepatutnya tidak berlaku kerana vitamin D adalah percuma dan boleh didapati dengan mudah disini. 
Jom kita kenali apa itu vitamin D, fungsinya, risiko kekurangan.

Apa itu Vitamin D?

Vitamin D ialah vitamin larut lemak termasuklah Vitamin A, E dan K. Vitamin jenis ini larut lemak dan boleh disimpan dalam tisu badan bermakna badan kita akan menggunakannya ketika perlu. Vitamin ini juga tidak akan disingkirkan melalui buah pinggang. Walaupun namanya vitamin, D bukanlah vitamin sebenarnya namun lebih kepada prohormon.

Vitamin terdiri daripada 2 bentuk iaitu D2 dan D3. Vitamin D2 diperolehi melalui sumber tumbuhan seperti cendawan, susu dan bijirin. Manakala, D3 diperolehi daripada sumber haiwan minyak ikan, lemak ikan, hati dan kuning telur. Namun begitu, Vitamin D tidak boleh didapati dengan cukup dari sumber makan. 

Tetapi jangan risau, vitamin  yang percuma boleh didapati melalui matahari (ultraviolet B) kerana badan kita akan menghasilkan D menggunakan matahari. 



Provitamin D3 akan ditukar kepada D3 apabila cahaya matahari menembusi kulit. Sehari kita memerlukan 10-30 minit pendedahan kepada matahari untuk mengekalkan kesihatan. Orang yang berkulit gelap mungkin perlu lebih lama kerana kandungan melanin yang terdapat pada kulit gelap memperlahankan penyerapan vitamin D. Apapun, melanin adalah kesan pigmen perlindungan kulit yang menyekat radiasi UV yang merosakkan DNA.


Fungsi Vitamin D?



Membantu penyerapan kalsium dan posporus

D berfungsi sebagai sebahagian daripada sistem yang mengawal dengan memindahkan kalsium dan posporus dari makanan ke cecair badan. Kalsium adalah mineral yang paling banyak dalam badan yang disimpan dalam tulang dan gigi.D membantu penyerapan kalsium dalam tulang dan posporus dalam darah.
Selain itu, D dan kalsium bersama-sama mengelakkan daripada osteoporosis iaitu penyakit yang menjadikan tulang rapuh, mudah patah. Penyakit ini sukar dikesan dan golongan wanita adalah berisiko tinggi. Osteoporosis juga boleh berlaku jika kekurangan kalsium yang menyebabkan bada menggunakan kalsium daripada tulang seterusnya menjadikan tulang mudah rapuh. Kekurangan kalsium mungkin terjadi kerana kekurangan penyerapa vitamin D. Namun begitu, faktor-faktor lain yang mendorong kepada osteoporosis antaranya adalah wanita, kurus, berusia, tidak aktif, genetik, merokok dan pengambilan alkohol berlebihan.

Selain itu, fungsi-fungsi vitamin D yang lain adalah seperti berikut:

-membantu sistem saraf, otak dan imun
-mengawal tahap insulin dalam badan dan mengelakkan diabetes jenis 1
-menyokong fungsi paru-paru dan kesihatan jantung
-mempengaruhi ekspresi gene yang terlibat dengan kanser

Faktor Kekurangan Vitamin D?

Jenis Kulit

Orang yang berkulit gelap memerlukan masa yang lebih lama untuk penyerapan D dari sinar matahari berbanding dengan orang berkulit cerah.

Penggunaan Sunblock, Sunscreen

Penggunaan krim ini menyekat penyerapan D secara optimum. Elakkan memakai sunblock untuk 30 minit pertama semasa berjemur. Pakaian juga menghalang penyerapan vitamin D. Waktu yang sesuai untuk vitamin D adalah dari pukul 10 pagi sehingga 5 petang. Tengahari adalah waktu yang paling tinggi penghasilan D dengan kehadiran ultraviolet B.

Kedudukan Geografi

Individu yang tinggal di kawasan kutub dan kawasan yang berlaku pencemaran udara berisiko tinggi untuk kekurangan vitamin D. Golongan ini dinasihatkan untuk mengambil D dalam bentuk makanan tambahan (supplement).

Risiko Kekurangan Vitamin D?

Gejala

-sering sakit atau terkena jangkitan
-lesu
-sakit badan dan tulang
-sakit otot
-masalah emosi
-luka lambat sembuh

Komplikasi penyakit yang bakal berlaku jika berterusan kekurangan Vitamin D

-masalah jantung
-penyakit autoimun
-penyakit saraf
-penyakit berjangkit
-komplikasi semasa mengandung
-kanser

Jadi, tunggu apa lagi? Keluar dari rumah, hirup udara segar, sentuh rumput dan dapatkan sumber D semulajadi anda melalui sinaran matahari percuma. 20-30 minit setiap hari sudah cukup untuk kita rakyat Malaysia yang kulit berwarna kuning langsat, jingga atau koko mendapatkan D dari pukul 10 pagi-5 petang. 



References

1. https://www.medicalnewstoday.com/articles/161618#risks
2. http://www.myhealth.gov.my/vitamin-d-and-sunlight/
3. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/15050-vitamin-d--vitamin-d-deficiency
4. https://www.healthline.com/health/food-nutrition/benefits-vitamin-d#_noHeaderPrefixedContent
5. http://www.myhealth.gov.my/vitamin-d-and-sunlight/
6. https://journals.plos.org/plosone/article?id=10.1371/journal.pone.0200736

Comments

Popular posts from this blog

Krim Econazine Krim Wajib Ada

Vanilla Muffin the easiest and tastiest and 100% work recipe

Perjalanan di Bumi Turki (Istanbul, Cappadocia, Uzungol, Bursa) Selama 11 Hari