Masalah Kegagalan Buah Pinggang Di Malaysia

Tahukah anda, menjelang 2040 (20 tahun lagi) di Malaysia , 30% daripada pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan dialisis terdiri daripada orang muda? Ya orang muda yang berumur bawah 40 tahun. Perkara ini sangat mengejutkan kerana buah pinggang adalah antara organ yang kuat dan tidak mudah rosak. Orang muda tidak sepatutnya mengami perkara ini. Jom kita kenali buah pinggang dengan lebih lanjut.



Fungsi Buah Pinggang?

Buah pinggang yang sihat menapis 90ml darah per minit dan proses ini dipanggil GFR. Fungsi ginjal yang utama ialah menyingkirkan sisa dan lebihan cecair dari badan melalui air kencing. Selain itu, fungsi ginjal juga adalah seperti berikut:

-menstabilkan cecair dalam badan

-mengeluarkan hormon yang mengawal tekanan darah

-menghasilkan vit D aktif

-mengawal penghasilan sel darah merah   

Apa itu Kegagalan Buah Pinggang? 

Kegagalan buah pinggang atau ginjal terjadi apabila ia tidak boleh berfungsi 85-95% daripada fungsi asalnya.

Punca Kegagalan Buah Pinggang?

Buah pinggang  kita tidak akan rosak dengan segera. Kegagalan ginjal untuk berfungsi dengan baik dalam jangka masa yang lama disebabkan oleh penyakit sedia ada seperti diabetes, penyakit darah tinggi atau pengambilan alkohol berlebihan, merokok dan pengambilan ubat-ubatan serta produk pemutihan.

Gejala Kegagalan Buah Pinggang?

Apa yang menyedihkan adalah kegagalan ginjal sukar dikesan kerana ia tidak menunjukkan gejala awal. Ramai orang tidak tahu mereka mempunyai masalah buah pinggang sehinggalah ia rosak sepenuhnya kerana ginjal kita adalah organ yang kuat yang terus bekerja walaupun berada dalam keadaan yang tidak optimum.

Golongan yang mempunyai penyakit diabetes dan darah tinggi perlu diberi perhatian khusus kerana mereka adalah golongan berisiko tinggi untuk mengalami kegagalan buah pinggang.

Rawatan Kegagalan Buah Pinggang?

Malangnya, tiada rawatan untuk masalah kegagalan buah pinggang kerana kerosakan tidak boleh diundur semula. Apapun, pesakit ada pilihan untuk melakukan dialisis (Hemodialisis atau Peritoneal Dialisis) atau mendapatkan pemindahan organ dari ahli keluarga atau penderma luar.

References:

1. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/06/571137/wanita-lebih-cenderung-alami-kegagalan-buah-pinggang-kronik

2. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pesakit-buah-pinggang-dijangka-meningkat-sehingga-106000-orang-menjelang-2040-215261

3. https://www.kidney.org/atoz/content/KidneyFailure

4. https://www.health.harvard.edu/diseases-and-conditions/weak-kidneys-pay-attention-but-dont-worry-excessively

Comments

Popular posts from this blog

Krim Econazine Krim Wajib Ada

Vanilla Muffin the easiest and tastiest and 100% work recipe

Perjalanan di Bumi Turki (Istanbul, Cappadocia, Uzungol, Bursa) Selama 11 Hari