Salam semua, tamat sudah percutian kami di Turkiye, negara yang kaya dengan sejarah selama 11 hari di kota Istanbul, Cappadocia, Uzungol, Bursa dan kembali ke Istanbul pada Sept-Oct 2022. Kami bercuti berdua sahaja tanpa tour guide. Sejujurnya, 11 hari di Turki memang tidak cukup, bak kata kawan Turkish kami 3minggu diperlukan untuk cover Istanbul saja. Kebanyakan masa kami hanya guna public transport untuk ke sesuatu destinasi, untuk perjalanan intercity kami ambil flight atau bus. Apa pun, the best mode of transportation ialah our own feet. Setiap hari, kami berjalan lebih 20km. Elakkan ambil teksi di Istanbul, kalau terdesak sangat boleh guna apps Bitaksi. Di bandar lain, teksi tiada masalah. Tapi, walaupun guna Bitaksi di Istanbul, driver akan cancel trip tu lepas terima request kita, ya memang bermasalah teksi di Istanbul.
Selayaknya Istanbul dipanggil kota cinta bukan Paris. Nak tahu kenapa, kalian kena datang sendiri ☺☺
Sempat ronda2 Singapura kerana transit hampir 12jam. Merasa juga solat di masjid Sultan dan lunch di Zamzam. Boleh cuba biryani dan murtabak di kedai ni. Kami pergi ke Garden by the Bay, Merlion Park dan lepak di tasik sambil menikmati sunset. Semua tempat yang kami tuju hanya dengan berjalan kaki atau mrt. Pukul 8pm kami segera pulang ke airport menaiki mrt yang bersambung terus dengan Changi airport.
|
Harga bas dari Istanbul Airport |
Tiba di airport terus ambil Havaist ke Taksim 67t. Hotel yang ingin kami tuju berdekatan dengan Sultanahmet, sebenarnya lebih dekat kalau ambil Havaist turun di Beyazit, malangnya waktu sampai kami masih blur2 kucing lagi. Sesampainya di Taksim, kami book Bitaksi ke hotel kos dalam 85t. Check in pukul 2pm, jadi kami tinggal beg di hotel dan ronda2 Istanbul cari makan. Makan di Sultanahmet Koftecisi bayar dalam 190t. Beli Istanbulkart sekali topup 105t. Kami singgah Sultanahmet dan Beyazit cari baju di LC dan Defacto, antara stor popular di Turki selain Mavi. Dah pukul 2pm kami check ini, mandi2 dan relaks2. Petang tu kami naik Bhosporus 60t, tak sempat kejar sunset tapi sempat tengok view Bhosporus waktu malam. Kalau nak tengok sunset, saya sarankan naik bhosphorus cruise sebelum pukul 4.30pm.
Hari ke-4
Pagi ni lepas breakfast, seawal 9am kami pergi ke Ayasofya, walaupun weekend, tidak perlu beratur panjang asalkan pergi awal pagi. Lepastu singgah Starbucks di Sultanahmet sempatlah merasa Latte RM6. Tengahari kami balik ke hotel untuk kemas dan check out sebab malamnya 12am kami perlu ke SAW airport ke Kayseri. Tanya dengan pihak hotel untuk letak luggage kami selama 5 hari, suprisingly tiada bayaran langsung yang penting jangan tinggal barang berharga. Tesekkuler, Avicenna Hotel! Hari ni kami bercadang untuk ke Uskudar, bahagian Asia Istanbul dan ada kawan di sana sanggup jadi guide tidak berbayar, thank you pakcik Davut. Sebelum itu, kami pergi ke Dolmabahce Palace dan memang lawa istana ni, kalau nak pergi disarankan ambil audio guide sekali. Pergi mana-mana tempat bersejarah, saya syorkan untuk ambil guide bagi lebih memahami sejarah tempat itu bukan sekadar ambil gambar dan check out on bucket list. Selepas itu, kami pergi minum secangkir kopi di tepi Istana dengan view lawa berlatarbelakangkan Selat Bhosphorus.
|
Ayasofya yang asalnya gereja lepastu masjid lepastu muzium and sekarang masjid |
|
View dalam memang cantik. Tiada bayaran tapi kalau singgah boleh solat tahiyatul
|
|
Latte 6ya bukan selalu boleh dapat |
|
Tinggal luggage 5hari di hotel free sahaja!
|
|
Istana Dolmabahce. Tidak boleh ambil gambar dalam istana. Memang cantik! |
Kami singgah di Masjid Camlica, masjid terbesar di Turki buat masa sekarang. Masjid ini masih baru dan memang besar. Kami naik ke perkarangan masjid di tingkat atas sebesar padang bola sepak. Kebanyakan masjid di Turki membenarkan semua orang masuk termasuk non-muslim asalkan berpakaian menutup seadanya. Kanak-kanak, orang2 muda kelihatan ramai di masjid. Seronok tengok sebenarnya. Nak solat pun tiada tabir yang memisahkan lelaki atau perempuan. Tempat ambil wuduk untuk perempuan agak jauh dari tempat solat perlu menapak naik turun lif. Sekiranya singgah di masjid, lebih baik untuk kita tunaikan solat sunat tahiyatul hanya 2 rakaat sahaja.
|
Camlica Camii. Masjid terbesar sekarang di Turki. Terletak atas bukit Camlica |
|
Perkarangan majid sebesar padang bola sepak |
Selepas itu, kami ke Camlica tower. Tower ni boleh dilihat sewaktu kami di Istanbul bahagian Eropah. Di sini, kami sempat menonton simulation view di Istanbul macam menonton wayang. Kami naik ke tingkat seterusnya untuk lihat view Istanbul Asia, memang menakjubkan. Tapi harga untuk tiketnya boleh tahan mahal untuk foreigner, hampir 5x ganda beza dengan Turkish. Kami bernasib baik kerana pakcik Davut berjaya pujuk reception staff untuk beri harga Turkish. Jimat duit. Petang tu kami singgah makan di kedai kebap Adana berdekatan airport SAW. Disebabkan ada masa lagi sebelum flight, pakcik Davut bawa kami ke mall Viaport, antara mall terbesar di Turki. Di sini, waktu sedang membelek baju di Mavi, backpack saya hampir dicopet oleh seorang perempuan. Nasib baik sedar bunyi zip terbuka. Apa pun, sila alert dan berjaga-jaga sewaktu bershopping sebab ramai pencopet di sini. Malamnya, pakcik Davut hantar kami ke airport, datang sejam awal pun sempat sebenarnya sebab airport ni sangat kecil dan comel.
|
Dari Istanbul Eropah sudah nampak tower ni |
|
Layan view |
|
View dari tower. Padat betul daerah Uskudar |
|
Kebap Adana berdekatan airport Sabiha Gokcen |
Hari ke-5
|
It me |
|
Sunset di Cappadocia |
Kami tiba di Kayseri airport pukul 2am. Di sini, kami ambil teksi untuk ke bandar Goreme. Perjalanan lebih kurang 1jam. Disarankan untuk booking shuttle awal2 jangan jadi macam kami, sebab shuttle bus airport tidak available waktu kami tiba, terpaksa bayar lebih naik teksi. Tiba di hotel, pemandu teksi tolong call kan pihak hotel dan kami check in terus. Malangnya, kami diberitahu harga untuk hot air balloon 250euro, Green dan Red tour pun 50euro setiap satu oleh pihak hotel. Kami tidak ambil mana-mana tour sebab terlalu mahal dan decide untuk jalan sendiri. Dapat bilik terus mandi dan tidur, terlepas untuk tengok balloon sedar2 pukul 11am. Kami jalan2 sekitar hotel dan tanya rate untuk balloon kebanyakannya memang bagi 250euro paling murah 230euro. Singgah makan di kafe western situ harga not bad. Apa yang menariknya, souvenirs di Goreme jauh lagi murah berbanding bandar lain yang kami pernah pergi. Kami sarankan untuk beli souvenir di sini saja.
|
Sedap juga, harga pun not bad. Cafe depan hotel |
|
Minta su/water dikatanya soda. Mineral water bergas |
|
Kerong di hotel
|
|
Banyak pokok anggur meliar di hotel
|
Kami decide ke Uchisar castle naik bus di Goreme bus station dengan kos 13t one way. Lepastu, kena menapak ke castle dan perlu bayar 50t untuk masuk dalam. Sambil berjalan di sekitar sini, kami lihat rumah di kampung sini banyak yang tanam anggur dan pisang kaki. Sejujurnya, view bandar ini out of the world seperti berada di planet lain. Untuk tiba di puncak castle, anda perlu lutut dan kaki yang kuat. Lepas tu, kami ke bus stop untuk pulang ke bandar Goreme. Sesampainya di bus station, kami singgah beli tiket ke Trabzon naik esoknya pukul 7pm-9am. Kemudian, kami terus ke tour place untuk ATV ride. Worth it every cent ride ni, memang kami syorkan untuk anda ambil kalau ada masa free. Balik dari ride, kami pusing2 bandar untuk cari kedai makan. Kami decide untuk dinner di restoran proper dan order kebap serta chicken grill.
|
Menuju ke Uchisar |
|
Pokok yang dihiasi dengan kalung evil eyes |
|
Uchisar castle. Jangan lupa bayar fee 50t
|
|
Selfie lu |
|
Capek sekali |
|
Kucing ni berbau masam macam soil |
|
Cantik view dari sini |
|
Comel sangat |
|
Time ni tetiba ada candid photographer ambil gambar pastu jual sekali frame, nasib baik cun |
|
Berdebu |
|
Sunset di valley |
|
Dinner proper |
|
Anjinglina ni memang suka greet guest |
Hari ke-6
Pagi ni kami bangun agak lewat dalam 6.30am nasib baik sempat tengok hot air balloon turun. Magical view honestly. Dari patio hotel kami boleh nampak tapi kami pergi naik bukit depan hotel untuk view lagi cantik. Memang cantik masyallah. Hampir sejam kami duduk di atas bukit untuk menghayati balloon yang turun kalau ada hot cay lagi best.
|
Belon nak turun dah 6.30am gitu |
|
Sejukk. Memang magical view |
|
Masyallah |
|
Try test |
Lepastu kami sempat breakfast di hotel sebelum check out dan tinggal beg di hotel. Kami menuju ke Goreme open air musem hanya menapak memang penat tapi worth it dengan viewnya. Museum itu basically church dan kalau tidak sempat boleh skip sebab harganya 150t. Balik tu kami singgah di kafe dan sempat makan kek dan kopi sementara tunggu bas pukul 7pm. Kami singgah di masjid berdekatan untuk solat dan toilet. Pukul 7pm kami terus ke kaunter Kamilkoc untuk naik bas ke Trabzon.
|
Kerong di hotel |
|
Buah anggur di mana-mana |
|
Ready untuk check out |
|
Tiket masuk open air museum :( |
|
Menarik juga museum ni yang asalnya gereja |
|
Di sekitar perkampungan Goreme |
|
Harga cenderahati di Goreme agak murah |
Hari ke-7
Sesampainya di bus station Trabzon pukul 9am, kami terus ke bus stop luar untuk naik bus Caykara tour. Naik bas ni untuk ke Uzungol, perjalanan lebih 1jam sebab bas ni banyak berhenti, tiket berharga 50t. Di Uzungol, kami sampai pada pukul 12pm dan menapak ke hotel dengan backpack berat. Selagi ada kudrat, kami memilih untuk berjalan kaki sahaja. Perjalanan ke hotel memang lawa ada view tasik dan gunung ala Swiss, xrugi langsung berjalan kaki. Kami bercadang untuk sewa kereta di hotel tapi malangnya pihak hotel tiada kereta untuk disewakan dan sepatutnya kami sewa di Trabzon.
|
Macam Swiss kan |
|
Menapak hampir 15min ke hotel dengan view lawa |
|
Lepas check in hotel jalan2 lu |
|
Air jernih sangat |
Apa pun, kami minta pihak hotel untuk prepare teksi ke kafe Kom di puncak gunung. Sungguh lawa viewnya, kami order ikan grill dan kebap, harganya sepadan dengan view. Dari situ, boleh nampak keseluruhan Uzungol. Sebenarnya, tidak memerlukan kenderaan pun untuk pusing kampong ni, masa sehari sudah cukup untuk pusing satu kampung ini tapi kalau nak ke kampung Ayder atau Sumela, anda perlu masa lebih 2hari. Disebabkan kami hanya stay semalaman di Uzungol, tiada masa untuk ke kampung Ayder, Sumela dan tempat2 menarik lain di Trabzon, agak terkilan sebenarnya. Ada rezeki, mungkin kami akan spend masa seminggu untuk terokai wilayah Rize dan Trabzon, Insyallah.
|
View dari Kom Kafe |
|
Kena makan cepat makanan cepat sejuk |
|
Saya order ikan bersos tomato dan kawan order kebab iskender |
|
Thanks for the good memory |
Hari ke-8
Kami tidak sempat untuk bersarapan di hotel kerana flight kami pukul 10am di Trabzon airport. Bas dari Uzungol ke bandar Trabzon ada seawal 7am dan kami minta driver bus untuk stop di airport. Airport Trabzon sangat kecil hanya ada 4 gates dan berhadapan dengan laut Hitam. Dalam masa 10minit kami sudah selesai custom dan immigration, rugi pula rasanya rushing ke airport sempat lagi nak breakfast di hotel. Setibanya di SAW airport, kami terus cari shuttle bus Havaist ke Taksim. Dari Taksim, kami berjalan kaki ke hotel kami yang terletak di Beyazit, Hotel Germenia. Hotel terbaik setakat ini di Turki dengan harga berpatutan, dan bilik kami dinaiktaraf ke triple room. Apa yang kurang tentang hotel ini kena mendaki dan menuruni bukit untuk tiba. Lokasi sudah strategik berdekatan dengan kedai dan tram Beyazit, tapi kalau anda tidak membawa luggage memang sesuai stay di sini. Selepas check ini, kami terus ke kedai makan Nur Muhamad dan singgah di hotel Avicenna untuk collect luggage. Dari situ menapak ke hotel Germenicia
|
Pukul 6.30am xde orang, berkejar kami ke bus stop |
|
Bye Uzungol |
|
Airport Trabzon berhadapan laut Hitam |
|
View cantik kena ambil gambar |
Kenapa xambil teksi? Teksi pun xnak masuk sebab lorong kecil dan kami juga ingin jimat kos. Staff hotel Avicenna bersungguh ingin tolong kami booking teksi dan malangnya gagal. Malamnya, kami menuju ke Eyub Sultan camii untuk solat. Waktu kami datang, mereka baru selesai solat Isyak dan ada beberapa orang mengagihkan Turkish Delight di perkarangan masjid. Sempat berkenalan dengan sekeluarga dari Baghdad yang pernah menetap di Malaysia selama 2 tahun, a beautiful family. Selepas itu, kami singgah di tepi laut sambil menikmati cay. Betul2 syahdu.
|
Lepak di pinggir Selat Bhosphorus |
Paginya, pakcik Davut ingin membantu kami ke Bursa dengan kereta beliau tanpa bayaran. Sebenarnya, kami bercadang untuk menaiki feri tapi disebabkan beliau insist untuk join, maka kami pergi bersama pakcik Davut. Kami bertolak dari pukul 10am dan singgah minum di Starbucks berdekatan. Setibanya di Bursa, pakcik Davut singgah sekejap di local masjid yang kecil untuk solat Jumaat. Di situ, kami berjumpa dengan beberapa kanak2 yang sedang panjat pokok buah tin dan mereka beri kami buah tin serta delima.
|
Buah tin segar dari pokok |
|
Ni hadiah untuk pengantin kata pakcik Davut |
Selepas itu, kami segera ke Ulu Camii dan seperti masjid2 besar lain di Turki, semua orang boleh masuk. Kami singgah di Kozahan yang terkenal dengan kain sutera, harga agak berpatutan berbanding tempat lain dan kami singgah minum cay and kahve di situ. Kami pergi ke kg Cumalikizik dan dan makan lempeng turkish style dengn filling feta cheese. Disebabkan masih ada masa, kami decide untuk ke Uludag. Waktu kami pergi bukan musim salji, memang tiada orang dan semua resort tutup. Apa pun, view dari gunung Uludag memang lawa dan anda boleh lihat satu Bursa. Untuk dinner, kami singgah makan di Iskender Doner yang terkenal di Bursa. Memang sedap!
|
View Kozahan dari tingkat 2 |
|
Pasar tertua sejak zaman Uthmaniah |
|
Minum kopi di Kozahan |
|
Gozleme, lempeng style turki yang ada isi feta, potato atau spinach |
|
Gunung Uludag |
|
View dari atas gunung |
|
Tengok apa tu |
|
Masjid Grand Bursa |
|
Sedap serius iskender doner, Sahinbey |
Hari ke-10
Harini, kami check out dari hotel dan menuju ke hotel berdekatan berjalan dalam 8minit. Lepas check ini hotel baru, kami bersiap ke Sirkeci untuk mencari souvenirs. Malangnya, disebabkan hari weekend dan terlampau ramai orang, kami hanya mencuci mata dan meronda-ronda sekitar Galata Bridge. Kami decide untuk naik Bhosporus lagi sekali bagi menikmati sunset view yang terlepas sebelum ini. Disarankan untuk ambil Bhosporus pada hari weekdays sebab cruise hari ini memang penuh dengan orang. Apa pun, viewnya benar-benar cantik. Untuk yang mabuk laut atau cepat pening, boleh bawa ubat, gula2 atau asam sebab hampir 2 jam juga kapal berlayar. Selesai berlayar, kami singgah di masjid berdekatan Spice Bazar untuk solat. Kami berjalan kaki untuk dinner di Koali, sebuah restoran Indonesia di Beyoglu.
|
Galata tower dari pinggiran Eminonu |
|
Sunset |
|
Kucing depan bank rasanya yang terlebih mesra, ingat ku banyak pitis agaknya |
|
Cuba untuk pose |
|
Lawa kan |
|
Ayam geprek di restoran Indonesia, terbaikkk |
Hari ke-11
Hari terakhir untuk kami pusing Istanbul kerana esoknya flight kami seawal 1pm. Pagi ni kami decide untuk pergi lagi sekali Ayasofya dan makan lagi sekali meat grill di Sultanahmet Koftecisi. Kami pergi ke Eyub Sultan lagi sekali dan kawasan perkuburan di situ, sungguh nyaman dan damai. Sempat juga kami melawat kubur arwah Ahmad Ammar dan sedekahkan alfatihah untuk arwah. Di Eyub Sultan, terdapat teleferik/kereta kabel ke puncak Pierre Lotti untuk view menawan. Sesampainya di puncak, kami berehat seketika menikmati cay dan kahve sambil menikmati pemandangan yang sungguh indah.
|
Berkebaya di Ayasofya |
|
Last makan di Sultnahmet Koftecisi |
|
View dari puncak Pierre Lotti |
|
Masjid Eyub Sultan |
|
First time jumpa Hydrangea warna hijau di perkuburan |
|
Sedekahkan al-Fatihah untuk Ahmad Ammar |
|
Act like a Turkish, suka singgah minum cay atau kahve |
|
Kucing Turkis memang mesra pelanggan |
Kemudian, kami singgah di Halic station dan bergambar di pinggir selat. Kami menaiki metro ke Taksim. Singgah sebentar beli Caramel Frap di Starbucks, harga Starbucks di Turki memang murah berbanding di Malaysia. Berjalan kaki di sekitar Galata tower dan beli souvenir di kedai berdekatan. Malamnya, kami dinner lagi sekali di Koali dan semasa pulang, kami membeli turkish delight dan teh di depan stesen Beyazit. Kami pulang untuk mengemas di hotel bagi menaiki flight keesokan harinya. |
Lalu Galata tower untuk ke restoran Koali |
|
Tepi Stesen Halic |
Bertolak ke Istanbul airport kos hampir 400t. Selamat tinggal Kota Cinta Istanbul, akan ku kembali lagi...
Comments
Post a Comment