Perlu ke ambil Vitamin B Complex?
Selamat pagi!
Bangun pagi ni rasa lesu sekali. Belum buat apa-apa pun dah rasa begitu. Buka twitter skrol kejap ternampak berita sedih. Tutup telefon. Bangkit dari katil selangkah keluar dari pintu bilik, terpijak lego anak buah. Pergi minum air dan sarapan kejap, adik tegur, "Eh makin berisi ya." Adoi. Takda kudrat mau membalas apa-apa.
Pagi-pagi pun dah bikin emo kan tapi tidak terdaya untuk buat apa-apa. Pernah tak perkara sebegini terjadi dalam kehidupan dimana anda merasa tiada daya untuk melakukan kerja seharian dan kadang-kadang emo tanpa sebab atau hanya disebabkan hal remeh.
Kakak ada beritahu untuk ambil vitamin B complex bagi mengurangkan stress dan lesu. Dah berapa bulan saya ambil tapi baru ada masa untuk membuat ulasan peribadi. Jom kita lihat apa lagi isi kandungan dan kebaikan vitamin B complex. Buat masa sekarang kita ulas tentang Blackmores Executive B.
Tapi sebelum itu, jom kita tengok apa itu Vitamin B complex.
Vitamin B kompleks terdiri daripada sejumlah vitamin B. Berikut adalah senarai vitamin B:
B1 (thiamine) - Pertumbuhan organ penting seperti otak dan jantung
B2 (riboflavine) - Proses penguraian lemak dan ubat-ubatan
B3 (nicotinamide) - Mengekalkan kesihatan kulit, saraf dan penghadaman
B5 (pantothenic acid) - Mengekalkan kesihatan otak dan sistem saraf
B6 (pyrodixine) - Membantu menghasilkan sel darah merah dan sistem imun badan
B7 (biotin) - Mengekalkan kesihatan kulit, kuku dan fungsi saraf
B9 (folic acid) - Menghasilkan DNA dan genetik. Penting diambil oleh ibu mengandung
B12 (cyanocobalamin) - Mengekalkan kesihatan saraf dan sel darah
Banyak kan jenis-jenis vitamin B. Selain itu, Blackmores Executive B ada tambahan vitamin lain iaitu:
Vitamin C
Potassium
Magnesium
Zinc
Untuk siapa sebenarnya vitamin B complex ini dibuat?
"Formulated for people who lead hectic lives".
Untuk orang yang mengamalkan gaya hidup yang aktif dan sibuk. Seperti yang dinyatakan pada label botol ini.
Jika anda seperti yang dinyatakan, anda memang patut mengambil vitamin ini. Selain itu, untuk orang yang tidak mengambil makanan berdaging atau vegetarian juga digalakkan untuk ambil vitamin ini. Vitamin seeloknya diambil selepas makan.
Pendapat peribadi saya. Selepas mengambil vitamin ni, saya merasakan mood dan emosi semakin stabil dan senang terhibur.
Nak kata bertenaga tu tidak la sebab saya juga minum kopi, tapi memang rasa kurang lesu kalau ambil vitamin ni. Saya cuma ambil vitamin apabila ada banyak kerja bertimbun yang perlu dibuat dan jika rasa mood nanti akan terhuyung-hayang. Jadi, sebelum saya melepaskan amarah dekat sesiapa tanpa sebab, saya cuba ambil inisiatif ini dan memang berkesan. Apa pun, ini cuma pendapat peribadi saya. Oh ya, kalau anda perasan lepas ambil vitamin ini air kencing bertukar warna neon, jangan terkejut. Itu adalah normal disebabkan riboflavin.
Warna air kencing neon kuning disebabkan lebihan riboflavin |
Cuba dulu dan rasa kelainannya. Sesetengah orang mungkin tidak merasakan apa-apa kesan namun percayalah vitamin ini memang bagus secara keseluruhan untuk badan anda. Jangan lupa untuk minum air secukupnya jangan kurang!
Jadi perlu ke ambil Vitamin B Complex? Hanya diri anda yang boleh bagi jawapan kepada persoalan itu.☺☺
Comments
Post a Comment